MyMetroNode
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih
skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain untuk
menjalani latihan pusat pada 14 Mac bagi menghadapi Arab Saudi 10 hari selepas
itu.
Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM) dalam kenyataan hari ini berkata latihan pusat enam hari untuk aksi
terakhir Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu akan
diadakan secara berperingkat kerana ada pemain tidak dapat menyertainya pada hari
yang sama berikutan komitmen lain.
Ini termasuk pemain Selangor dan
Johor Darul Ta'zim (JDT) yang terbabit dalam perlawanan Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC).
Menurut kenyataan itu tujuh
pemain perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada 14 Mac - Khairul Fahmi Che
Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Brendan Gan (Kelantan), Joseph Kalang Tie,
Yong Kuong Yong dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Matthew Davies
(Pahang).
Empat pemain Selangor, Muhammad
Shahrom Abdul Kalam, Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham melapor diri pada 17 Mac disusuli Baddrol
Bakhtiar, Mohd Farhan Abu Bakar dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik
(semuanya Kedah) dua hari kemudian.
Lapan pemain JDT serta pemain
Perak, Shahrul Mohd Saad pula akan melaporkan diri kepada Kim Swee pada 20 Mac.
Pemain JDT terlibat ialah Izham
Tarmizi Roslan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Fadhli Shas, Muhammad
Fazly Mazlan, S Chanturu, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan S Kunanlan.
Pemain Kedah dan Perak terbabit
dalam perlawanan suku akhir Piala FA.
FAM turut memaklumkan lima pemain
perlu bersedia dipanggil sekiranya mana-mana 23 pemain berkenaan disahkan
cedera oleh doktor pasukan.
Mereka ialah Farizal Marlias dan
Mohd Nazrin Nawi (JDT), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), K Gurusamy (Sarawak) dan
Adam Nor Azlin (Selangor).
Skuad kebangsaan akan bertolak ke
Jeddah pada 20 Mac bagi melengkapkan aksi terakhir Kumpulan A berdepan Arab
Saudi di Stadium King Abdullah Sport City, Arab Saudi pada 24 Mac.
Sekembalinya ke tanah air pada 25
Mac skuad Kim Swee akan berlepas ke Melaka untuk aksi persahabatan antarabangsa
kelas 'A' menentang Macau di Stadium Hang Jebat pada 29 Mac.
Ia perlawanan persahabatan sulung
Malaysia tahun ini.
Senarai 23 Pelatih:
Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack
Haikal Wan Nor dan Brendan Gan (Kelantan); Joseph Kalang Tie, Yong Kuong Yong
dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu); Matthew Davies (Pahang); Muhammad
Shahrom Abdul Kalam, Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor)
Baddrol Bakhtiar, Mohd Farhan Abu
Bakar dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah); Shahrul Mohd Saad
(Perak); Izham Tarmizi Roslan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Fadhli
Shas, Muhammad Fazly Mazlan, S. Chanturu, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan S.
Kunanlan (JDT).
BERNAMA
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 11 Mac 2016 @ 7:31 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan